Latar belakang: Sofea dan Ukail adalah pasangan bahagia yang terpisah antara dua benua. Kebahagiaan Sofea dan Ukail adalah dambaan setiap pasangan yang bercinta, bermula di kampusdan berakhir ke jinjang pelamin. Kebahagiaan itu terus mekar dan masih bertahan walaupun ramai yang menjeling keraguan kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata.
KL Mac 2010
Yesss! I did it! I finally diiiiiid it! Well done me..pat, pat, pat on the head.
Sofea grinned with satisfaction; her big smile showed it all and she could hear every single beat of her pounding heart. Inhale...hold..hold..exhale... Got to avoid excessive serotonin girl, don't let loose, control babe..control.
Sudah lama Sofea mengimpikan peluang melanjutkan pengajian di UK. Hebat sangatkah dapat menapak di bumi Inggeris? Tak...bukannya hebat berjaya sampai ke Great Britain. Lagipun ini bukanlah pertama kali Sofea ke sana. Bezanya kali ini ialah, keberadaannya di UK bukan sebagai pelancong tetapi sebagai pelajar PhD yang ditanggung oleh kutipan cukai rakyat Malaysia. Bezanya lagi ialah, iringan mama, papa dan Ukail terhenti di Departure Hall KLIA. Sofea fixed her eyes to the white clouds by the window. 'I am extremely happy but this is only the beginning of a winding journey" bisik hatinya.
'Huband...I am willing to defer this offer if you have any slight doubt in letting me go'
'It is a promised I made to you. Pergilah sayang, 3 tahun bukan lama. London bukan jauh manapun. Beza 8 lam jer' Ukail berseloroh.
LONDON 5 Disember 2011
Bau kafien yang semerbak menyelubungi seluruh kamar tidur. Sofea mencapai iphone untuk entah yang ke berapa kali dan mendail nombor Ukail lagi, lagi dan lagi… tanpa jaya.
The number you have dialled cannot be reached at this moment. Please leave a message after the tone.
Tanpa putus asa, dibuka pula facebook dan instagram…berulang-ulang kali Sofea melakukan perkara yang sama semenjak 2 jam yang lalu….semuanya sunyi tanpa berita dari Ukail.
Whatsapp
9.00pm: ‘Abang, busy ke. Im ready whenever youre ready’
9.15pm: ‘skype?’
10.00pm: ‘Hello, hello Mister Husband…are you purposely making me wait because it’s tonight??’
10.20pm: ‘Heyyyy…it’s snowing!!!!!!! Wish u r here’
11.00: ‘Adik dah ngantuk ni’
11.10pm:‘Where are you, is everything ok?’
Sofea menekap muka ke bantal sambil menahan hati yang meronta-ronta untuk menjerit sekuat-kuatnya! Resah!
Semenjak terpaksa berjauhan dari 3 bulan yang lalu, sudah menjadi suatu kemestian untuk mereka saling menghubungi pada jam 9 malam waktu London. Walau hanya sekadar sebaris pesanan ringkas, ianya sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Jika keadaan mengizinkan, facetime atau skype lah yang menjadi pilihan utama. Sedari awal pagi lagi Sofea menantikan saat ini. Tidak sabar rasanya untuk mendengar suara Ukail mengucapkan ‘Happy Anniversary Sayang!’ sepertimana kebiasaanya pada tahun-tahun yang lalu. Hari ini genaplah 7 tahun usia perkahwinan Sofea dan Ukail. 7 tahun yang bahagia. ‘Are we really happy?’ bisik hatinya. Ishhh! Tiba-tiba pulak si syaitan menghembuskan keraguan. Sofea menarik hela panjang sambil mendongak dan merenung siling. Fikirannya melayang ke suatu petang, seminggu sebelum bertolak ke London dimana sahabatnya Azura berbicara mengenai keretakkan rumahtangga.
‘Statistic says…First wave starts in year 3 and second wave in year 5. Tahun ke-7 ramai yang crack under pressure and go separate ways’. Azura sambung lagi, ‘If the couple survive sampai year 10, that’s a milestone achievement to celebrate’ . ‘Ye ke?’ Tanya Sofea dengan nada keraguan. Cepat-cepat dihirupnya teh ais yang sudah mencair. Jika boleh ingin dipekak kan saja telinga daripada terus mendengar celoteh Azura. Sofea tidak mahu kata-kata Azura memahat spekulasi dan teori dalam benak fikiran apatah lagi disaat-saat akhir keberangkatannya ke UK tanpa Ukail. Bagi Sofea, perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancangan.
Di dalam selimut malam ini, fikirannya terus menyelak helaian memori untuk mencari, sekiranya ada, petanda-petanda keretakkan dalam mahligai yang dibina bersama Ukail. Jika adapun hanya satu, iaitu belum tibanya rezeki zuriat dari ilahi. Tetapi perkara itu tidak pernah menjadi punca perselisihan perasaan atau pendapat antara mereka, malah ianya faktor yang mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. Kata-kata Ukail yang sentiasa segar dalam ingatan Sofea ialah ‘Allah tidak menjanjikan setiap pasangan yang berkahwin akan dikurniakan anak. As long as we have each other, we are happy…I am happy!’.
Salakan anjing di laman jiran menyedarkan Sofea dari lamunan. Sofea memerhati sekeliling kamar yang dihuni. Segalanya bertemakan Inggeris – perabot dan dinding semuanya putih kecuali pintu, bingkai katil dan bingkai tingkap yang berwarna oak. Lantai berkarpet maroon. Langsir krim dihiasi ros kuning melengkapi tema keseluruhannya. Walaupun ruang tidaklah besar pun, tetapi kombinasi warna pilihan tuan rumah memberi ilusi lapang. Sofea turun dari katil untuk mencapai coffee maker yang terletak diatas meja baca yang berselerak dengan bahan bacaan. Sambil duduk di meja baca menghadap tingkap, dihirupnya sisa Americano yang terakhir dan cawannya digenggam erat untuk mengambil haba dari isinya yang panas. Malam kelihatan cerah dari pancaran warna salji yang menyelimuti tanah. Setiap kepingan salji yang melekat di kaca tingkap diamati untuk melihat corak geometri yang menyerupai origami. Ajaib sungguh ciptaan Allah.
Suhu luar yang mencecah 4C meresap ke kamar dan dinginnya mula dirasai. Malam indah yang sejuk…sunyi… sepi… mengundang rindu yang mendalam. Jam di dinding sudah menghampiri 12 malam. Sekali lagi Sofea cuba menghubungi Ukail.
The number you have dialed cannot be reached at this moment. Please leave a message after the tone.
Arghhh! Perasaan marah membuak-buak sehinggakan dapat dirasai jantungnya berdegup kencang. Pada masa yang sama juga, kemarahan itu bertukar kepada kekecewaan dan kemudiannya kesedihan yang bercampur baur tanpa sempadan. Kesan 2 gelas Americano menambahkan lagi tahap anxiety yang dialami. Setelah 2 jam bertahan, akhirnya Sofea akur bahawa menangis pada saat-saat sebegini ada baiknya. Setiap refleks nafas sendu mengurangkan sesak di dada. Sofea bergerak ke katil disuluh terang bulan yang menyelinap diantara langsir. Mata bengkak yang kelesuan tidak perlu dipaksa lagi. Pesanan WA terakhir dihantar sebelum terlena:
Whatsapp:
11.58pm: ‘Abang, Happy 7th Anniversary to us. Sorry adik dah ngantuk. Sampai hati tak call. It’s snowing outside, and the night is extremely cold. Miss u love u, gudnite. XOXO’
Subuh jam 2 pagi di musim sejuk. Sofea memaksa diri melangkah keluar dari selimut yang hangat, mengharungi suhu bilik yang sejuk. Ishhh, ikutkan hati tak kuasa nak bangun. Terasa mata yang sepet - bengkak kurang tidur dan kesan melepaskan perasaan. Dicapainya telefon bimbit...mesti abang dah reply...owh, tak reply pun. Ye kecewa dan hati celaru bersambung lagi. Sofea mengheret kaki ke bilik air untuk berwudhuk. Brrrrrr air paip mcm air batu! Laaa, lupa menghidupkan swis pemanas air. Seusai solat, Sofea meletakkan hati berdoa yang sebaiknya untuk Allah mengurniakan ketenangan. Itulah rahsia kewarasan manusia. Hanya mereka yang bersyukur dan berserah bisa megecapi ketenangan. 'Ya Allah, tenangkanlah hatiku dalam menyempurnakan pengajian, ketenangkanlah hati kami suami isteri dalam kejauhan dan Ya Allah, tenangkanlah kematian kami bila tiba waktu kami kemabli kepada Mu'.
3PM: Sofea melangkah longlai keluar dari Bond Street Tube Station. Perbincangan dengan Professor David mengenai halangan dalam kajian yang sedang dijalankan masih menghantui benak fikirannya. Kesibukkan dan haruk pikuk sempena jualan perayaan natal di Bond Street tidak dapat menghilangkan kesunyian di hatinya. Ukail masih membisu. Sambil berdiri di pertengahan jalan...kaku, dibiarkan sahaja bahunya dilanggar pejalan kaki yang bergerak mengikut dan melawan arus. Pandangannya kosong, fikirannya berserabut dan hatinya meronta untuk terbang ke pangkuan Ukail. 'God...I wanna fly home nowww'. Disaat inilah Sofea mengimpikan kuasa teleport.
KL 5 Disember 2011
11PM: Ukail menekan tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap. Sambil mengheret hand luggage, tangannya mencapai swis di belakang pintu utama. 'Tick' swis candeliar ruang tamu dipetik. Dalam sekelip mata ruang yang gelap gelita bertukar terang benderang tetapi semangatnya masih tetap gelap. Kepenatan pekerjaan dan penerbangan dari Sabah makin terasa.
'Abaaaannngggg...youre home Yeay!' Terasa kehangatan pelukan dan kucupan Sofea. Teringiang-ngiang suara manjanya. Manakan tidak, 7 tahun lamanya Ukail berkongsi hidup dengan wanita bernama Sofea. Bahkan setiap sudut dalam rumah yang terang dan sunyi ini terpahat bayangan dan senyuman Sofea. 'Damn it! I miss you' bisik Ukail. Berapa lamakah lagi?? Ukail terus naik ke kamar beradu, ye, gelap dan kosong juga. Malah meja solek juga terususan kemas pun 2 inci telbal debunya yang tidak disentuh semenjak Sofea bercuti 5 bulan lalu. Ukail menghempas badan ke katil yang dingin. Matanya terasa sangat berat dan hanya bantal yang diimpikan. Sebaik sahaja mata melayu ...'Ya Allah sungguh aku lupa, harini anniversay ke 8' fikiriannya terus melayang kepada Sofea di benua seberang tetapi tidak terdaya lagi untuk bangun apatah membuka mesej WA yang Ukail sangat pasti berjela daripada Sofea. Ukail masih teringat hari ini setahun lalu.
'Mr Husband... Happy 7th Anniversary! Shouldn't you be taking your wife out to celebrate...?' Sofea menerjah ke sofa di ruang tv dan bersandar manja ke bahu suaminya. Ukail yang sedang asyik menonton sekadar menjeling kerana terjahan Sofea menyelindungi pandangannya ke skrin tv.
'Abang lupa eh...malam ni?'
Tiada respons.
'Hellooooo...Mr Husband, your wife is asking something'. Bahu Ukail dicubit.
'Aduh!' Ukail melabuhkan tangannya ke bahu Sofea.
'Anniversary ni sekadar tarikh saja. Cukuplah kita mengingati tujuan utama kita bernikah dan betulkan niat itu setiap tahun' Ukail cuba memujuk.
'Alaa Abang nih, alasan malas celebrate macammacam alasan' rajuk Sofea
'Bukan malas... tapi tak perlu pun sebenarnya ikut-ikut sangat budaya mat salleh tu. As long as we have each other and together' pujuk Ukail. Dibelai rambut isterinya untuk menangkan rajuk. Ukail memang kenal sangat pe-el isterinya. Sebenarnya hadiah ada pun dalam almari, saja dibiarkan Sofea menunggu, kata nak surprise!
No comments:
Post a Comment