Tuesday, July 16, 2013

Orang Kita

Orang kita senang diperdaya 
Cakap lah, reka lah apa saja
Angguk-angguk kena ketuk
Biarpun terang lagi bersuluh
Tak logik pun tetap terpengaruh

Ubat sihat serba manika
Ubat kuat jantan berlaga
Ubat langsing sihat bidara
Ubat janda jadi dara
Ubat buat-buat pun ada
Yang belum ada..Ubat mati hidup
semula

Sistolic 190
Asid urik bengkak menyengat
Gula darah 20
Jantung kembang nak putus urat
Takpa..Takpa
Ubat serba guna kan ada
Pilih saja ikut suka rasa
Satu adunan untuk semua
Untuk saya, dia, awak,  mereka..
Sama juga Pak Mat, Ah Chong dan Siva
Import dari nun sana
Semua orang dah cuba takkan tak percaya!
Macam-macam bukti dan testimoni
Nak tunggu apa lagi
Tak percaya..pergi tengok Mak Limah
Semalam merangkak, hari ni berlari
Habis kuat sendi yang lemah
Makan 3 pinggan pun menambah lagi

Lagi 6 bulan buah pinggang nak rosak 
Eh..Itu doktor yang kata
Cuba dulu Ubat Ajaib 3 kotak
Gerenti puluh sedia kala
Tak pasal, yang 6 bulan jadi esok lusa
Doktor nak cakap apa..geleng kepala

Adik-adik, kakak dan abang
Makcik dan Pakcik semua
Nak buat ubat bukannya senang
Jangan kita mudah percaya
Sebelum apa-apa ditelan
Semak dulu dengan yang berpengetahuan
Tanya doktor, ahli farmasi dan pakar pemakanan
Atau pakar kesihatan yang berkenaan
Tubuh badan kita amanah Tuhan
Hati-hati supaya tiada sesalan














Sunday, July 14, 2013

Wahai Orang Lama

Wahai Orang Lama
Anaknda minta izin berbicara
Bukannya hendak mengadu domba
Sekadar nukilan meluah rasa 

Orang Lama sudah banyak pengalaman
Sekilas pandang sudah tepat tekaan
Belumpun akhir suatu cerita
Sudah pun tahu apa sudahnya

Anaknda pula selalu alpa
Maklumlah darah muda
Kadang-kadang ucapan tiada berbahasa
Sehingga terasa hati Orang Lama
Tingkah laku pula bersahaja
Seperti hilang budaya bangsa
Ampun...anaknda memang alpa

Tapi, Wahai Orang Lama
Janganlah mengata anaknda tiada syukur
Kerana erti syukur kita berlainan zaman
Janganlah mengata anaknda derhaka
Kerana akur kita berlainan tafsiran
Dan..
Janganlah mengata anaknda tiada hormat, mengambil mudah
Kerana yang sebenarnya...
Bila dilihat seperti tiada yang berubah
Dari dulu, kini dan mungkin selamanya
Hati anaknda mula gundah  
Kerana andai panjang nyawa
Yang derita, anaknda jualah

Dan yang sebenarnya juga..
Anaknda masih mencari-cari
Orang lama yang  punya inspirasi
Yang punya karisma dan berani berdiri
Teguh berdiri dengan yang benar walau dibenci
Yang nasihatnya ada hemat bahasa
Sehingga hati yang keras bertukar lembut mengikut kata

Wahai orang lama
Ya, anaknda tahu
Anaknda lah yang perlu punya inspirasi dan berani berdiri
Mengubah, mengolah, membuat inovasi
Meneruskan perjuangan orang lama supaya gemilang bersambung
Menjaga maruah agama, bangsa dan negara yang ulung
Mencipta kekitaan, satu masyarakat yang sepakat
Tapi...
Jika semuanya perlu mengikut cara lama...Bagaimana caranya?



Orang muda jangan angkuh

Wahai orang muda
Janganlah angkuh dengan pandai mu, azam mu yang kononnya berwawasan jauh

Apa yang kau rasa nikmatnya, tenaganya, sihatnya...semuanya telah lama kami rasa

Apa yang kau banggakan pangkatnya, mewahnya, segala nafsu dunia...semuanya lama sudah kami ada malah jemu pun iya

Jadi..bila kamu melihat yang tua
Tak perlulah engkau memandang jatuh
Bukan sahaja adabmu, malah rupa pun bertukar hodoh
Kerana bodohmu, lemahmu, kelirumu
Walaupun tidak engkau sedari
Sekali pandang sudah kami ketahui

*nasihat untuk diri sendiri dan para belia*

Thursday, June 20, 2013

Bas, Durian dan Perempuan Cantik

Bas, Durian dan Perempuan Cantik 

Atas bas aku duduk sendirian
Mulut kunyah epal, fikiran serabut
Tetiba teringinya nak makan durian
Tgh hari tadi call mak mertua disebut-sebut
'Pokok berbuah lebat tahun ni'
'Dahla besaq, isi kuning lemak manis'
Ishhh dahla I tengah lapar ni
Aduhaiii sadis!!

Tetiba ada this one girl naik bas
Dari jauh..MasyaAllah cantik paras rupa
Pakai seluar jeans kasut kanvas
Jaket jeans, bag galas simple saja
Mata bulat iris kelabu
Rambut coklat paras bahu
Tak pakai make-up pun, mmg natural beauty
Bukan pure orang putih..kacukan kot ni
Muka bujur hidung manjung
Gigi perfect macam ex-braces
Rasa nak snap je gambar dia dgn iphone
Tapi alaa, bateri kong..totally useless!
Tinggi lebih kurang macan I je
Tapi slim la macam model
Heiii!! Am I having a crush on her??
Tak pasal-pasal buat pe-el

Dari tadi dok tengok dia tak berkelip
Eh eh..dia duduk sebelah la
Hehehe rasa excited pulak duduk sebelah perempuan cantik
Ni pandangan I...kalau pandangan lelaki lagilaa

Apalagi..buat keluar pen and nota
Nak describe rupa dia sementara sempat
Asyik-asyik pusing kepala pandang dia
Dia pelik kot...terus angkat punggung pindah tempat!

Anyway..sampai rumah masih teringat durian
Bukak peti ais nak tengok apa ada?
Hmm..macaroni kuah ikan?
Asal boleh makan, hantam saja 

So..kawan2 di London jika ada yang membaca
Hujung minggu ni kalau buat apa2 menu durian
Jemputla I..jangan lupa


Tuesday, June 18, 2013

3D screen


two hours passed midnight
dark and cold that i have to put on socks
how i wish to hear you breath by my side
rather than the annoying clock ticking tock

you must be busy starting a new day
im always behind, eight hours delay
as if there is a 3D screen
i can see you doing your morning routine
watch you move around the room
and even sense the smell your favourite perfume
i can guess which shirt you would choose
as i know the ones you definitely refuse

i pray that Allah guide you in whatever you do

as when youre guided, i'll be guided too
i hope to meet you in my sleep
that's the soonest as flight tickets arent cheap









Friday, June 14, 2013

MEMBATU


di lobi hospital aku duduk membatu
senyap, diam terpaku
fikiranku penat dibelengu
perasaan serabut tanpa hala tuju
kulihat jejaka muda berwajah dungu
berjalan lesu mengheret sepatu
mungkinkah baru keluar melawat ICU?
dipeluk keluarga yg sedang menunggu
tetiba suasana menjadi pilu
siapalah agaknya yang sakit itu
mungkinkah anak, isteri atau ibu
aku hanya memerhati, masih membatu
ada dua warga tua
di kedai kopi duduk bersama
yang lelaki berkaki tiga
yang perempuan berkerusi roda
senyap saja tidak berkata
tangan mereka bertaut dibawah meja
siapa yg dijaga dan siapa yang menjaga
tetiba rasa terharu
aku hanya memerhati, masih membatu
habis aku.. apa sebab dlm belengu?
duduk memerhati saja, masih membatu?
entahlah aku pun tak tahu
serabut yang tiada huraian dalam kamus
ingin serabut ini dibungkus-bungkus
dibuang, dibakar, dikambus
tapi serabut ini spt toyol
makin dibuang makin datang...boleh biol!
sudah, sudah..cukup membatu
buat apa yang penting dulu
kemudian selesaikan satu persatu
Istighfar, Istighfar, Istighfar
biar hilang yang sukar
biar lapang, biar tenang
Ameen..Ameen





Monday, March 25, 2013

the beauty and he...who has 'heads' but no 'brains'

everything about you is beautiful
your nakedness is unbelievable
divine virgin untouched
your skin smell like the assence of the ripening fruits in the hot mid summer
so ripe that it is so inviting even from afar
lips so tender sweet as honey, every breathe exhale cool breeze
femine long fingers reaching up the horizon exposing every curve
the soft eyes hidden under the lashes
a drop of your tears would tame horrible beasts
who will beg to be touched, to be felt
as a single stroke of your bare skin send signals of desire
craving you for sweetness like a hypoglycaemic
your slender long legs dipped into the flowing river inbetween the thighs
mesmerising scene any strangers would not resist
hypnotised by your beauty
is this real, is it fake?
everything about you is beautiful
your nakedness is unbelievable
divine virgin untouched

but that was long ago before he sees you
he...who has 'heads' but no 'brains'
who also sees everything about you beautiful
but in the view of evil eyes

to him, you have to be touched, to be felt
but only for him and him alone
he...who has 'heads' but no 'brains'
torned every inch of your body with crooked hands
tossed you around, leaving bruises and scars
denying your rights to be shared, to be preserved for mother nature
he...who has 'heads' but no 'brains'
with greed to own, to posses
to control, to expose your body into cheap market
for moments of excitement
untill you are totally striped naked with open wounds
your slender long legs are now dipped into flowing red river
bare flat chest totally mastectomised
who is to blame?
your nakedness or your natural beauty that was once before ever charming?
no!
its him...who has 'heads' but no 'brains'
a little late...but, better late than never!